Tuesday, November 30, 2010

anjakan yang tidak melonjak .

manusia. biasa lah. dah kecewa dah kalah dah teruk. baru le nak menyesal. tak ketinggalan juga aku yang bernama manusia ni. memang lumrah hidup macam ni kan ? haishh. manusia manusia. memang tidak dapat lari dari membuat kesilapan. aku minta maaf kepada hati hati yang telah aku kecewa kan. aku tahu. sikap dan perangai aku berubah 100 % di sini. menjadi lebih teruk. walhal tempat yang aku duduk ini adalah tempat yang terbaik untuk belajar. hm. terima kasih. terima kasih kepada keluarga yang banyak memberi dorongan. terima kasih juga kepada pensyarah yang memberi tunjuk ajar dan terima kasih kepada kawan yang sentiasa membantu. harapan aku nak membuat anjakan paradigma ke arah yang baik. tetapi aku rasa ajakan yang dibuat tu mungkin terbalik kot. menjadi lebih teruk. ye aku down. ye aku merasa kecil sangat. malu dengan keluarga. malu dengan kawan. tapi, benda dah pun lepas. tak guna kau menyesal beby. setelah mendapat khidmat nasihat dari kaunselor dan pensyarah-pensyarah, aku sekali lagi bersyukur kerana mendapat peluang kedua. dan insyallah tak akan aku sia-sia kan. ini janji aku kepada mereka. terima kasih En. Ahmad Aznam dan Pn. Norhazilah kerana telah memberi semangat. perjuangan akan diteruskan di UiTM, Kampus Seri Iskandar, Fakulti Senibina dan Perancangan, Kos Ukur Bahan. selamat berjaya Nurul Nabilah Selamat !

No comments:

Post a Comment