Friday, November 26, 2010

salah ke kalau lain agama pun ?

pada aku tak salah rasa nya kalau hendak berkawan atau meminati individu
yang berlainan agama mahupun bangsa. hidup dalam satu negara. 1 Malaysia.
bagi pihak yang selalu memperkatakan tentang hal ini, mungkin pada mereka
agama dan kaum itu penting. ya, aku tak nafikan. tapi itu bukan satu halangan
untuk kita berkawan dengan lebih rapat. kepada sesiapa yang memandang serong
hubungan berlainan agama aku akan mengatakan kau seorang yang berfikiran cetek.
maaf kalau penggunaan bahasa itu sangat kasar. akan tetapi itu lah kebenaran nya.
jika diperhatikan di negara ini, telah ramai pasangan yang berlainan agama telah
berjaya mendirikan rumahtangga. itu menunjukkan bahawa jodoh itu adalah di
tangan tuhan.

No comments:

Post a Comment